Monday, 23 December 2013

Rehlah Langkawi

Assalamualaikum :)

Lama banget tak update blog nih. Actually boring sangat ni, sebab dah habis spm. Kalau dulu time cenggini la aku sibuk nak siapkan kerja sekolah. Tanya kawan, eh ampa dah siap kerja sekolah? Karangan tu nak buat camna? Haa amik kau, nak bukak sekolah baru kalut. Tapi buat kerja last minute ni mmg dah jadi part and parcel of my life dah. Tabiat ni mmg dah wujud dalam diri aku sejak azali lagi, dah tak dapat dibendung walaupun aku selalu berazam untuk berubah hahaha.


Sekarang aku masih berfikir apa aku nak buat sepanjang cuti ni. Tapi rabu lepas aku dah mula aktiviti pertama aku iaitu pergi ke langkawi. Walaupun langkawi ni dah sebati dengan aku sbb kalau cuti sekolah je aku mesti pergi sana, tapi kali ni first time aku pergi dengan kawan aku, iaitu aishah. Rasa macam travellers dan pengalaman tu sangatlah berharga :')



First destination ialah Galeria Perdana. Ruang pamerannya sangatlah besar sampai tak terjalan. Semuanya berkisar tentang Dr Mahathir, such a good place to visit :)


Aishah, wafiq, waiz dan aisy. 


Keesokan harinya kami pergi pulak meronda ke pantai2 sebelum pegi naik cable car. Banyak sangat pantai yang cantik dekat langkawi ni.


Ini pantai pasir hitam. Amboi dah pandai tumbuk orang dah sekarang kemain. Disebabkan pasir yang hitam, so gambar pun jadi hitam hihi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kenapa pasir ni hitam, boleh la google (between fakta dan dongeng)




Subhanallah, cantik kan pantai teluk yu ni. Sangat terpegun melihat airnya yang masyaallah sangat jernih. Siap buleh tulis nama atas pasir sambil buat peace lagi :D




Pantai kok pun tak kurang hebatnya











So the climax of the story is Gunung Mat Cincang kot. Huh hampir sejam jugak kami beratur untuk naik benda kotak ni, last2 dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan nun di puncak sana. Subhanallah :) Couple yang sweet dalam gambar di atas tu kami jumpa dalam cable car. Sangat sporting dan peramah especially husband dia, siap tolong ambilkan gambar kami lagi.


Wahhh aisy dah nak sama tinggi dengan makuda la. Aisy ialah anak menakan aku yang paling tua (darjah lima) dan suka buat muka poyo bila ambil gambar. Eh eh teserlah kepenatan setelah seharian berjalan pada muka dan tudung aku :3


So the conclusion is pergilah melancong jika ada ruang dan peluang. Melancong ni sangat best dan bermanfaat. Sebab tu la Islam galakkan umatnya bermusafir, dan ingat niatkan kita pergi bercuti tu kerana Allah. Insyaallah kalau kena dengan niat dan tujuannya pasti Allah akan memelihara perjalanan kita. Ada banyak keindahan alam yang boleh kita teroka baik di dalam mahupun di luar negara. Percayalah, kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur bila pergi melancong. Trust me.

Melancong itu ibadah :)


p/s : sikit pun aku tak edit gambar2 semua ini, so muka nampak tak flawless langsung dan kualiti gambar sangatlah tak macho. omputih cakap lazy.




No comments:

Post a Comment