Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum :)

Hari ni dah 27 Ramadhan. *mata terbeliak sambil cakap 'betul ke niiiiiii' (iklan skittles). Rasa macam baru ja start puasa kan. So dah cukup ke amalan kita ramadhan kali ni? Adakah ia lebih baik dari tahun lepas? Dah habiskan 30 juzuk Al-quran? Dah buat qiammullail? Tepuk dada tanya iman. Semoga kita mendapat pelepasan dari api neraka pada 10 malam terakhir ni.

Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Hopefully kita tergolong dalam golongan di atas :)
Okay macam orang lain jugak, rasa tak sabar sangat nak sambut raya ni. Tapi persiapan more to kenduri kahwin my sister (coming soon). Ha sebab tu lah baju raya pun entah ke mana muahahaha.
Jom lah tambahkan amal ibadat kita dengan saki baki Ramadhan yang tinggal ni.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






Tuesday, 15 May 2012

Awesome!

Hello dan Assalamualaikum :) 


Apa yang awesome? Oh, it's about Mighty Minds. A project under RHB and The Star. First time join acara ni memang terasa diri begitu bodoh. Sebelum ni cuma tengok dalam tv. Tak sangka dapat wakil sekolah dalam acara sebesar ini. Walaupun tak menang tapi kitorang sangat happy sebab dapat jugak experience serba sedikit. FYI, satu team ada empat orang dan sekolah saya telah menghantar empat team untuk lower form dan empat team untuk upper form. Malangnya semua group dari lower form tidak tersenarai dalam top 15 untuk ke cabaran seterusnya. Tapi 3 group dari upper form telah terpilih. Okay, our group rejected :'( sobsob.


Btw, tahniah kepada mrsm beseri kerana telah menjadi johan untuk state level. Dapat RM 5000 tuuuuu. Wah, so jealous. One of the group dari sekolah saya telah mendapat tempat ke-5. Congrats Farhana, Syahiruh and Hazwani for the good job. Dapat jugak RM 300. Hehe.






Begitu tekun mereka bekerja. Kalau tak silap, diorang kena cipta satu model untuk cikgu sempena hari guru yang bakal tiba. Elemen sains wajib ada. Selepas projek ni siap, ketua kumpulan kena present dekat juri tentang projek diorang. After that, lima kumpulan akan terpilih untuk ke buzzer challenge :)


     Untuk menghilangkan kesedihan di hati akibat tewas, kitorang pun pergi merayau-rayau di sekitar poli. Tak mampu tengok kamera kerana terlalu sedih. Uhuk uhuk. Eh lupa nak bagitau, mighty minds ni diadakan di politeknik tuanku syed sirajuddin, perlis.  


Dengan tidak semena-mena saya ingin mengambil tindakan melulu dengan cara menerjun gaung. Ahhh, nasib baik berjaya diselamatkan oleh hidayah.

Eh, siapa pulak jejaka ni? lol. This is Luqman Al-Baihaqi. Ex student agama arau. Sekarang mrsm beseri.